Aku taktau and tak terfikir nak tulis apa pun actually, tapi aku rasa nak sangat update blog aku. Haa, semalam 16 Sept, Jumaat. Bangun pagi, aku terus carik phone, aku dah terfikir kot kot dia ada balas text cause 1 hari sebelum tu aku tunggu dia text tapi dia tak text pun, aku pun mcm 'kenapa dia tak text?' and sebelum aku fikir macam-macam baik aku text dia sebelum tidur, waiting for reply but no answer. Then bangun pagi takde reply jugak. So aku text dia, and yeayyy dia reply. And seems like dia agak busy. Aku taktau apa dia buat. And aku still text dia even dia tak reply. So, aku teruskan hari aku pergi openhouse. Sampai-sampai je rumah openhouse, hujan pun turun. Aku dengan member-member aku lepak lah situ sampai pukul 4. Then walaupun hujan kitorang balik gak sebab nak skate punya pasal. Sampai-sampai je rumah. Ada text masuk. Aku baca, and aku macam 'Ohh patutlah dia busy'. So, aku taktau nak cakap apa. Aku reply je ada openhouse rumah member, aku taknak tipu dia tapi aku dah janji dengan member2 aku nak skate. So aku reply 'mungkin datang' and dia pun mcm touching. Mood aku terus down. Aku nak berjalan pun malas. Cidil tak habis-habis cakap takyah pergi. So kitorang pergi skate jugak. Dalam kehujanan tu, aku dah terfikir mcm mana nak pergi skate kalau hujan mcm ni? Dah lah abang aku pakai motor. Aaaa so aku decide bawak je lah kereta alang-alang dah takda orang kat rumah. Jadi, aku amek kunci, bawak je lah kereta, cidil pun ikutkan jelah. Sampai-sampai Nasi Ulam, acap dah ade kat situ. Adam tak sampai lagi, aku aku skate jelah. Skate skate skate adam pun sampai, And skate skate skate. Aku dah letih gila and cuma fikir nak pergi rumah dia. Cidil berat je nak balik sebab dia tak puas skate lagi walaupun tengah injured. Aku pun masuk je kereta, nak gerak dah last-last cidil ikut jugak. So, sampai je rumah. Takda orang lagi dekat rumah. Aku dah terfikir nak pergi rumah nana sorang-sorang bawak kereta tapi tu lah, hujan pulak, mcm mane je aku nak bawak sorang-sorang. So aku call kucai tanya dia dekat mana. Then call nana, cakap aku datang lambat sikit. Dipendekkan cerita aku masuk a rumah mandi. Tukar baju. Tunggu dorang balik. Then, nana mcm dah okay sikit. So, mood aku pun okay lah. Sesampainye dorang dekat rumah, kucai tuka baju then terus gerak. Aku tak cakap pun dengan nana aku dah on the way. Ingatkan nak buat surprise dekat dia but then dia touching lagi. Arrr so, aku cakap je dah sampai The Mines. Dengan hujannya redah je sampai rumah dia, Aku suruh dia keluarr (segan lah konon) Dia siap bawak payung, ehee thanks sayang. Masuk-masuk je rumah dia, umi dia cakap 'aik? dua kali raya ko ye' aku pun gelak je. Aku terus lah salam salam semua orang dalam rumah and duduk. Nana duduk depan aku. Aku pun macam "Cutenyaa dia hari ni' then nampak dia pakai speck baru, aku terus tegur 'speck baru ke na ?' Dia pun 'Ha'ah' Aku pulak 'Comel lahh' Dia pun blushing kejap (shooo cute) Then abah nana suruh makan. Aku dengan perut kenyangnya amek je lah 5 batang satay, then duduk makan jap. Dengan gediknya aku usap leher and cakap kat nana 'na, air please?' Dia pun 'Ish, gedik' HAHA. Dah habis makan, cakap lah sikit dengan dia, perli perli sikit, haha. Then kakak aku ajak balik sebab ada tahlil. Nana touching lagi sebab dapat jumpa kejap je. Aku pun mcm 'err apa aku nak buat' Aku takleh buat apa, so balik jelah. Then text text text. Lepas je dari tu aku rasa lagi happy text dengan dia :) Sampai je rumah, tukar baju melayu. Then pergi tahlil. Makan lagi. Balik, duduk duduk kejap. Text dia sampai dia tidur then aku pun tidur.
And hari ni 17 Sept. BORING. Malam tadi Pipaah buat openhouse, and openhouse nye sangat lah OWHSOME. haha semua macam orang gila. And aku penat sangat sekarang nii. Rasanya dah panjang aku taip ni. Till then.
-fared-