Malam ni dah malam ketiga dah tak ucap selamat malam. Aku rasa sedih gila. Tapi takpe, aku tau dia tengah takda mood. Lepas satu satu masalah. Chill lah kan. Itulah asam garam kehidupan. Takkan ada perkara baik berlaku kalau perkara buruk takde. So, hari ni agak lembab sikit. Semalam aku tidur pukul 5+ mcm tu. Dan dikejut pukul 7.40 mcm tu. Haha memang harapan lah aku nak pergi sekolah. Aku bangun kejap, ambik wuduk qada' solat subuh. Lepas tu sambung ke lembaian mimpi basah, hahaha wtf. Lepas tu bangun bangun dah dengar azan berkumandang dari masjid. Aku terus bangun mandi siap siap nak ke masjid nak pergi solat jumaat. Balik balik solat aku text nana. Text beberapa kali lepas tu dia pun *kedepek* (tertidur) Aku malas nak kacau dah. Duduk jap tengok tv, rasa lapar pulak, ape lagi aku pergi dapur bukak peti ambik begedil letak dalam microwave. Cukup sepuluh minit microwave pun jerit *TINGGGGGG* Aku dengan kelaparan nye telan habis dua bijik begedil tu. Kecik je pun begedilnye. Cukup lah buat lepas kempunan. Lepas tu tengok tv sampai lah azan asar. Aku solat jap. Lepas tu on laptop. Ingatkan boleh lah online kejap. Sekali tengok mcm hampeh internet line takde. Kemaaaaaaa' Aku off laptop. Salin baju. Pakai kasut. Amik board. Aku call acap dia kata takleh nak skate dah sebab kantoi rokok dengan bapak dia. Cidil pulak aku baca tweet dia, katanya senak perut lagi. So, aku pergi lah skate sorang sorang. Sampai je tempat skate aku dah takde mood. Aku terus update twitter saja buat ayat pasrah. Hahah. Lepas tu cidil call kata nak datang skate. Cidil sampai je. Tiba tiba raja pun datang. Raja tanya "weh boleh tak skate pakai kasut futsal?" aku pun "alah bantai je asalkan boleh", raja pulak "haa ok ok jap aku balik ambik board". Aku dengan cidil pun macam "uik, raja dah ada board sendiri". Then raja dah sampai lah sekali tengok board acap. So, skate skate skate. Penat. Duduk jap. Aku push trick dekat stair. Dapat lah land Kickflip, Heelflip, dan beberapa spin trick. Balik balik rumah aku text nana. Dia kata tertidur. So takpelah. Dia memang suka tertidur. Haha. Then tadi pergi downtown mines kejap. Baru sampai depan bukit jalil dah jammed pasal pameran kuda dekat equestrian bukit jalil tu. Shizzit. Sampai downtown. Aku memang dah pasak kat kepala otak nak beli seluar sehelai. punya jalan jalan jalan tak jumpa. Last last give up. Pergi beli roti impit, dengan chocolate milkshake. Dah makan. Aku pun balik. Sampai sampai rumah. Aku terus on laptop and updateee. Dah tu je untuk hari ni. Till then.. Btw, sayang. Kalau setiap malam tak cakap good night pun takpe. Baru lah fared takleh tidur. Hahah. Kbyee..
-fared-
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone